Gara-gara Tersangkut 4 Jam Atas Jambatan Pulau Pinang Gadis Redha, 20 Biji Kek Rosak & Cair

 


Gara-gara Tersangkut 4 Jam Atas Jambatan Pulau Pinang Gadis Redha, 20 Biji Kek Rosak & Cair

Tular semalam Jambatan Pulau Pinang dikatakan sesak susulan berlaku kemal4ngan yang membabitkan dua kenderaan hingga beberapa jalan terganggu.

Susulan daripada kejadian tersebut, ratusan orang di situ terkandas dan menyebabkan pelbagai urusan tergendala.

Turut terkesan daripada kesesakan tersebut, seorang peniaga kek terpaksa menanggung kerugian apabila 20 biji keknya rosak akibat terkandas di jambatan selama 4 jam.

Kisah itu tular selepas Afif Fahimi yang dipercayai abang kepada gadis ini yang memuat naik tentang kecekalan adiknya menanggung kerugian kek jualannya.

“Dugaan adik perempuan saya hari ini, 20 biji kek yg didekorasikan konsep konvokesyen dibawa dari Acocafe Bertam seawal 6:45 pagi, semuanya cair dan tak dapat dijual,” tulisnya.

 



Nangis bukan sebab putus asa

Menurut Afif, adiknya yang dikenali sebagai Alia Musfirah Aco menangis bukan kerana putus asa tetapi ia menandakan kekuatan dalam cabaran berniaga. Sebagai orang muda , semangat dan tenaga kita muda, teruskan jangan kecewa.

Dulu saya pun lalui bermacam dugaan, tetapi Alhamdulillah semua pengalaman itu yang menjadikan kita kental, lebih bijak atur tektikal, fikir plan kontigensi, susun dan atur. Pengalaman adalah guru terhebat.

 


Jangan putus asa. Teruskan usaha, Allah janji ada hasil jika berusaha, ujarnya di laman media sosial miliknya. – Abang

Terdahulu, laporan Bernama memaklumkan bahawa kemalangan m4ut melibatkan seorang pemandu dan kelindan sebuah lori membawa sayur-sayuran maut selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini semalam.

Susulan daripada tragedi kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk lebih 20 kilometer dari bahagian tanah besar iaitu Sungai Dua, dekat sini menghala ke pulau dan ia berlarutan hingga 12.30 tengah hari ini sehingga kerja-kerja mengalihkan dua buah lori berkenaan selesai.

Sumber: Afif Fahmi Aco via siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya…Terima Kasih.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close