Johnny Depp mungkin akan dipanggil berlakon semula dalam filem The Pirates of the Carribean - Bekas Eksekutif Disney
Seorang bekas eksekutif Disney berkata, Johnny Depp mungkin akan dipanggil untuk memainkan semula wataknya sebagai Captain Jack Sparrow kerana ramai peminat yang mahu melihat perkara itu berlaku.
Bekas eksekutif yang tidak dinamakan itu berkata, dia meramalkan Depp, 58, akan kembali melakonkan watak lanun penyangak itu kerana ia memberi pulangan yang lumayan bagi semua orang yang terlibat dalam filem tersebut.
Ramalan itu dibuat selepas kejayaan besar Paramount Pictures 'Top Gun: Maverick', Disney pasti akan berusaha untuk mengembalikan francais kesayangan mereka sendiri. Namun begitu, bekas orang dalam Disney itu tidak yakin sama ada Depp akan menerima tawaran untuk berlakon semula dalam filem The Pirates of the Caribbean (TPOTC).
Ini kerana semasa perbicaraan saman fitnah Depp terhadap bekas isterinya, Amber Heard, 36, bintang Hollywood itu memberitahu mahkamah yang dia tidak akan bekerja dengan Disney lagi selepas disingkirkan daripada filem TPOTC keenam.
Peguam yang mewakili Depp mendakwa, pelakon itu mengalami kerugian sebanyak $22 juta selepas Heard mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Depp dengan menuduhnya sebagai pendera rumah tangga.
Depp berkata, dia berasa telah dituduh bersalah oleh eksekutif Disney walaupun belum terbukti bersalah.
Depp juga terpaksa berundur dari peranannya dalam filem Grindelwald dalam francais Harry Potter selepas dia gagal memfailkan saman terhadap portal The Sun yang melabelkannya sebagai 'pemukul isteri;.
Akibatnya, filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore; menjadi filem yang bprestasi paling teruk dalam francais itu.
Sementara itu, seorang lagi individu yang pernah bekerja dalam TPOTC berkata, dia tidak percaya Depp akan melepaskan peranan itu (Captain Jack Sparrow) jika ditawarkan disebabkan Depp mengalami masalah kewangan dan TPOTC adalah francais berbilion dolar.
Penerbit, Jerry Bruckheimer memberitahu Sunday Times pada Mei lalu yang dia sedang menyiapkan dua skrip TPOTC yang tidak melibatkan Depp, tetapi di masa depan belum dapat ditentukan sama ada Depp akan diberi watak tersebut.
Sumber: Daily Mail