'Paling penting, dia hormat orang tua, & berpendidikan' - Aishah Azman kongsi ciri-ciri lelaki idaman

 


Pernah menjalinkan hubungan dengan jejaka pilihan sehingga mengikat pertunangan, namun kecundang. Tetapi episod duka itu tidak membuatkan pelakon Aishah Azman, 26, menutup pintu hatinya.

Berkata kepada Harian Metro, pengalaman lalu membuatkan Aishah kini lebih berhati-hati apabila menjalinkan hubungan cinta dan mengimpikan pasangannya bukan dari golongan selebriti dan mempunyai pendidikan baik. 
"Saya tak fobia, masih membuka pintu hati tapi belum berjumpa calon yang sesuai kerana saya lebih berhati-hati. Saya pun sudah ada pengalaman hal begini. Jadi, lebih mudah untuk saya tahu seseorang itu. 

"Paling penting, dia perlu menghormati orang tua, hormati keluarga saya dan diri saya sendiri. Selain itu, antara ciri-ciri lelaki yang saya suka adalah berpendidikan. 

"Ini kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah," katanya. 

Aishah mengakui ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya, namun kesemua mereka di-'friendzone' kerana dia mahu mengembangkan lagi karier seninya. 

"Ada saja lelaki yang cuba dekati saya sekarang tapi saya memilih untuk tidak melayan. Sebolehnya saya tak mahu orang yang berkecimpung dalam industri hiburan, saya mahu orang luar. 

"Yang mendekati saya seperti yang saya cakap tadi itupun bukanlah golongan selebriti, mereka orang biasa. Mungkin juga menepati kriteria yang saya cakapkan tadi?" katanya. 

Aishah bakal menjalani penggambaran dalam filem Bangkitkan Aku Kembali yang akan dimulakan tidak lama lagi, diadaptasi daripada karya novelis Sophilea yang menampilkan genre seram. Filem itu turut dibintangi oleh Amy Nur Tinie, Adam Corrie, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. 

Sumber: Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close