'Saya mahu nampak muda' - Tara belanja RM614K untuk kelihatan seperti patung Barbie
Mahu kelihatan seperti patung Barbie dorong wanita ini belanja RM614,000 untuk jalani pembedahan plastik.
Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'human Barbie doll' tampil menunjukkan dirinya di khalayak ramai baru-baru ini.
Tara Jayne McConachy, 33, dilihat berada di sekitar Melbourne pada Selasa ketika berkunjung ke sebuah restoran Jepun bersama dengan ibunya.
Tara yang memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya yang dibuat melalui pembedahan dan kulit sawo matang. Selain menampakkan tatu di badan, wanita itu turut membawa beg tangan jenama Louis Vuitton.
Menurut sumber, Tara sanggup mengeluarkan wang sebanyak AUD$200,000 atau kira-kira RM614,000 untuk kelihatan seperti patung Barbie yang menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan.
Tara menjadi terkenal selepas muncul di Botched, rancangan tentang pembedahan plastik yang disiarkan di saluran The E!.
Tara juga telah menjalani pembedahan rhinoplasty, implan punggu, venir, botox dan fillers, serta mengubahsuai payudaranya.
Difahamkan, bintang TV berkenaan sebelum ini mempunyai implan payudara yang sangat besar. Tetapi telah dikeluarkan kerana Tara mengalami masalah pada belakang badannya.
Selain mengimpikan payudara yang lebih besar bagi melicinkan kulitnya, Tara berkata memiliki saiz payudara sedemikian boleh menampakan dirinya lebih muda.
"Saya hanya terfikir untuk menjalani pembedahan plastik dan mempunyai payudara yang lebih besar. Itu akan menjadi faktor wow dan apa yang saya perlukan," katanya.
Tetapi dua doktor yang ditemui enggan menjalankan proses pembedahan plastik itu terhadapnya kerana kulitnya terlalu nipis dan sekiranya Tara memasukkan implan silikon 1,000 CC, badannya akan menerima kesan buruk.
Mereka kemudian menasihatkan Tara menaikkan berat badan sebanyak lima peratus bagi membolehkan dia menjalani pembedahan tersebut.
Sumber: Daily Star