"Ambil La Kedai Saya, Saya Memang Tak Mampu Bayar RM50K..", Tak Mampu Bayar Kompaun, Peniaga Rela Kedai Runcitnya Diambil Sebagai Ganti
Sejak beberapa hari lalu, hangat
diperkatakan apabila ada beberapa peniaga meluahkan rasa kecewa dikenakan
kompaun sebanyak RM50,000 kerana melanggar SOP ketika Perintah
KawalanPergerakan (PKP).
Belum reda lagi dengan isu
peniaga burger, seorang peniaga kedai runcit di Kota Bharu turut dikompaun
dengan nilai yang sama atas kesalahan kesalahan beroperasi lebih masa.
Tidak mampu untuk membayar
kompaun tersebut, peniaga berkenaan Mansah Marjurin rela memberikan kedai
runcitnya sebagai ganti untuk membayar denda tersebut.
Katanya lagi, dia kini berdepan
masalah masalah kewangan apatah lagi bayaran rumah juga sudah tertunggak sejak
tujuh bulan lalu, selain sebuah kereta ditarik pihak bank sejak PKP.
Berkongsi cerita tentang kejadian
pada jam 11.40 malam pada Ahah lalu itu, dia didatangi empat anggota polis
dimana ketika itu kedai runcit miliknya sudah ditutup namun hanya pintu kecil
tidak berkunci ketika itu ada saudara datang berkunjung.
“Memang saya sudah tutup kedai
dengan semua pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang
berkunjung dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.
“Pintu kecil pula dibuka kerana
ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya
terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih
beroperasi.
“Saya sudah jelaskan dengan
menunjukkan pintu gril yang ditutup, namun tetap disaman RM50,000,” katanya
ketika ditemui hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kelantan,
Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya akan meneliti semula kompaun RM50,000
yang dikenakan terhadap tiga peniaga, termasuk seorang peniaga burger pada Ahad
lalu.
Sumber : BH Online
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.