Anak Pukul Guna Penyapu Dan Ugut Bunuh Ibu Kandung Sebab Halau "BF" Dari Rumah

BUTTERWORTH: Seorang wanita tergamak mengetuk kepala ibu kandungnya dengan telefon bimbit selain memukul lengan warga emas itu dengan penyapu berikutan berang dengan tindakan ibunya meminta teman lelakinya beredar dari rumah di Pangsapuri Sri Bagan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 59 tahun yang tinggal di Kampung Bagan Dalam, dekat sini pergi ke rumah anak perempuan bongsunya berusia 24 tahun, tidak jauh dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa tiba di rumah anaknya mendapati ada seorang lelaki dalam kediaman anaknya lalu meminta lelaki itu beredar.

"Tindakan mangsa itu menyebabkan anaknya mengamuk lalu mengambil penyapu dan memukul lengan kanan mangsa selain mengetuk kepala ibunya dengan telefon bimbit. Anak mangsa kemudian mengugut mahu membunuh jika mangsa membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) sebagai pesakit luar sejurus kejadian itu.

"Selepas itu, mangsa datang membuat laporan polis berhubung kejadian menimpanya kerana bimbang keselamatannya selepas diugut anaknya. Mangsa memaklumkan anaknya itu kini menjadi semakin emosi kerana tiada sumber pendapatan dan terputus bekalan dadah," katanya.

Noorzainy berkata, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close