"Saya Tersinggung Imam Ceramah Pasal Solat..", Jarang Pergi Masjid, Pemuda ‘Tikam’ Imam Gara2 Tersinggung Dengar Ceramah
Seorang imam masjid dikenali sebagai Baso Daeng Sallang
menjadi mangsa tikam oleh pemuda bernama Arsyad Daeng Salli di Sulawesi Selatan,
Indonesia.
Memetik laporan Indozone, kejadian itu berlaku pada hari
malam Selasa lalu ketika imam tersebut sedang menjamu selera bersama keluarga.
Secara tiba-tiba, pemuda berusia 25 tahun itu datang
menghampiri Baso dan menikamnya menggunakan sebilah parang.
Berikutan itu, Baso mengalami beberapa luka di bahagian
tubuhnya dan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan.
Difahamkan lagi sebaik sahaja menikam mangsa, pemuda itu
melarikan diri dan tidak berapa lama kemudian secara sukarela datang
menyerahkan diri kepada pihak polis.
Apabila disoal siasat oleh pihak polis, ternyata Arsyad
mengaku dia bertindak sedemikian kerana selalu berasa sakit hati dengan ceramah
yang disampaikan oleh imam terbabit.
“Pelaku merasa tersinggung dengan kata-kata Pak Imam pada
saat di dalam masjid, pak imam berbicara dan pelaku tersinggung,” ujar pihak
polis.
Tambah pihak polis lagi, pemuda itu tersinggung apabila imam
tersebut menasihat menasihati para jemaah tentang kepentingan menunaikan solat
dan tarawih berjemaah di masjid bagi umat Islam di bulan suci Ramadan.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, pemuda itu berasa sakit
hati disebabkan dirinya jarang pergi masjid untuk menunaikan solat dan
menganggap imam tersebut menujukan perkara itu terhadapnya.
Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: TribunNews (Endra Kurniawan), Indozone
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.