Anggota polis kantoi 'm4in' dengan isteri orang yang hamil 7 bulan, polis minta jangan perbesarkan kes
Seorang anggota polis di Sulawesi Selatan, Indonesia yang masih dalam
tempoh percubaan didapati menjalinkan hubungan dengan isteri orang yang
juga hamil 7 bulan.
Akibat dari tindakannya yang terdesak itu, anggota terbabit yang hanya
dikenali sebagai Bripka BA, 42, kini berdepan dengan hukuman
penjara.
Anggota itu nekad menjalinkan hubungan dengan isteri kepada pemilik
kantin di tempat kerjanya walaupun dia mengetahui wanita itu hamil 7
bulan.
Sebelum perbuatan anggota itu terbongkar, suami kepada kekasihnya itu,
SA, keluar dari rumah untuk membeli tali. Di kesempatan itu, Bripka BA
masuk ke rumah pasangan berkenaan untuk bertemu dengan
kekasihnya.
Namun belum sempat bersenggama, Bripka BA dicekup oleh SA yang baru saja
pulang dari membeli tali. Ketika ditemui, SA mendapati kedua-duanya berada
di dalam bilik tanpa berpakaian dan hanya berbaju dalam.
Berang melihat kecurangan itu, SA mengamuk dan membantai lelaki tak guna
itu sepuas hati sebelum membuat laporan di balai menyebabkan Bripka BA
ditahan.
Polis mengesahkan kejadian itu dan mengakui anggota terbabit menjalinkan
hubungan dengan isteri orang. Polis meminta orang ramai tidak
memperbesarkan kes itu kerana anggota terbabit kini dalam proses dikenakan
tindakan.
Selain itu, polis juga mengambil kira akan isteri kepada pengadu yang
sedang hamil 7 bulan, bimbang akan mengalami stress dan bunuh diri
sekiranya dapat tekanan melampau.
Bripka BA kini bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 9 bulan,
selain akan dipecat serta-merta.
Sumber: Sosok