Kantoi curang, isteri hentak muka suami dengan tong gas & kelar lehernya dengan golok
Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk
menggambarkan nasib seorang lelaki ini.
Sudahlah rumah tangganya yang dibina sejak 20 tahun lalu hancur kerana
orang ketiga, malah si isteri tergamak menyerangnya menggunakan tong gas
dan mengelar lehernya dengan senjata tajam hanya kerana membongkar
kecurangan wanita itu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai IH, 44, dipukul dengan tong gas lalu
dikelar oleh isterinya, ES, 34, di rumah mereka di Jawa Timur dalam
kejadian yang berlaku pada Rabu 22 Januari 2020.
Berdasarkan keterangan si isteri, mereka selalu bergaduh selepas suaminya
mendapat tahu dia curang. Malah dia mendakwa pernah menerima ancaman bunuh
dari suaminya.
Bimbang dengan keselamatan diri, si isteri kemudian bertindak awal dengan
menyerang mangsa yang sedang tidur di waktu malam. Dia memukul muka
suaminya menggunakan tong gas dan mengelar leher mangsa dengan golok
sehingga mengalami kecederaan parah.
Suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut,
manakala mangsa dikejarkan ke hospital.
Polis turut merampas tong gas dan senjata yang digunakan suspek dalam
kejadian itu.
Sumber: Kompas