'2 kali dia kentut kat muka aku' - Gurauan melampau, buruh tikam pasangan suami isteri
Seorang buruh binaan ditahan polis di Padang, Sumatera Barat, Indonesia
kerana didakwa menikam pasangan suam isteri yang juga merupakan
jirannya.
Dalam kejadian yang berlaku, Ketua Polis Lubuk Begalung, Andi Parnigotan
berkata kes itu berpunca dari mangsa yang membuat gurauan melampau.
Suspek yang hanya dikenali sebagai AS, 37, berjiran dengan pasangan suami
isteri berkenaan, FG, 46, dan NRD, 41.
Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan tidak begitu rapat dengan
pasangan itu selama menetap di kawasan kejiranan tersebut.
Namun seminggu yang lalu, FG cuba mengajak suspek bergurau tetapi suspek
enggan berbuat demikian sehinggalah FG melepaskan kentutnya di hadapan
muka AS dengan sengaja.
Tidak dapat menerima gurauan seperti itu, AS merancang untuk membalas
dendam. Malam Selasa 21 Januari 2020 jam 7 malam, AS pergi ke rumah
pasangan itu dan terus menikam FG di bahagian kepala serta dada
menggunakan parang yang dibawanya.
Tidak beberapa lama kemudian, isteri FG datang ke bilik dan ternampak
kejadian itu membuatkan AS segera menikamnya sehingga menyebabkan luka di
telinga dan tangan.
Ekoran kecederaan parah itu, kedua-dua mangsa yang berada dalam keadaan
kritikal dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jiran yang lain kemudian memaklumkan kejadian itu dan sepasukan polis
terus datang untuk menahan suspek.
Polis turut merampas barang bukti, parang, yang digunakan suspek dalam
kejadian itu.
Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana bengang dan
sakit hati dengan sikap jirannya yang kurang ajar.
AS mendakwa FG dengan sengaja kentut di mukanya sebanyak dua kali
membuatkan dia nekad menikam lelaki itu. Padahal sebelum ini, AS mengaku
dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pasangan berkenaan.
"Tiada masalah lain. Cuma seminggu yang lalu, dia kentut kat saya
membuatkan saya rasa sakit hati dengan perbuatannya itu," kata
AS.
Akibat perbuatannya itu, AS bakal didakwa dan berdepan dengan hukuman
penjara lapan tahun.
Sumber: Sosok