'Sungguh hina seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua'
Sememangnya perangai sesetengah mertua atau ipar duai punya rasa kurang
senang dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Namun, sebagai
orang baru dalam keluarga, perlulah memainkan peranan dan cuba memujuk
mereka untuk menerima kehadiran kita.
Tetapi adakalanya, mertua atau ipar terlalu sukar untuk dilembutkan hati
mereka. Jadi, sentiasalah berdoa agar pintu hati mereka terbuka dan
perlahan-lahan memahami anda dan dalam masa yang sama anda belajar juga
memahami mereka.
SALAM min. Harap dapat hidekan nama saya ye. Begini ceritanya. Saya dan
suami sudah berkahwin selama 10 tahun. Hubungan kitorang tak ada masalah
sangat. Kalau ada pun, semuanya datang dari pihak mertua (belah
suami).
Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Apa yang saya buat, semuanya serba
tak kena. Tetapi bila anak-anak perempuan dia yang lain buat, kemain tak
ada salah langsung.
Dan untuk pengetahuan, anak-anak perempuan dia pun suka melaga-lagakan
saya dengan mertua. Seperti biasalah apabila suami belikan saya apa-apa,
saya akan muat naik status di WhatsApp untuk berkongsi cerita dan
menghargai suami.
Baru-baru ini, suami belikan saya gelang dan saya up di status WhatsApp.
Di hujung minggu yang lalu, suami ajak melawat mertua di kampung seperti
biasau ntuk beri duit belanja dapur. Lepak-lepak sekejap, adik ipar saya
keluar dari bilik. Baru bangun tidur, padahal dah petang baru nak bangun.
Hmmm.
Selepas itu saya nampak adik ipar saya mencuit-cuit mak mertua sambil
menunjuk ke arah saya dengan membuat isyarat di tangan dia dan suruh
mertua tengok tangan saya. Selepas itu, mak mertua berkata dengan nada
yang kuat.
"Kau belikan ke gelang tu"?" soal mertua pada suami saya.
"Yelah, dia dah minta lama, baru cukup duit tu yang belikan," jawab
suami.
"Kau dah belikan dia tu, esok nak bayar kereta, bayar rumah, semua tak
cukup," kata mertua.
Ya Allah, saya di depan mak mertua saya ni. Dia sembur betul-betul depan
muka saya. Terus saya bangun ambil tangan mak mertua, salam laju-laju dan
terus saya masuk ke kereta.
Tak sanggup dah, kira itu pengakhiran kesabaran saya selama 10 tahun dan
saya tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Dalam masa 10 minit kemudian
barulah suami saya keluar dengan anak-anak dan kami pun terus
balik.
Suami cuma cakap, "Sabar sayang, saya tahu awak kuat,".
Dalam hati saya, pokok yang besar pun akan tumbang kalau ribut melanda.
Begitu jugalah dengan tahap kesabaran saya. Hmmm...
Adik-adik ipar saya yang belum berkahwin itu, janganlah terlalu suka
kenakan orang. Kita tidak tahu kifarah kita. Awak juga akan berkahwin,
akan berhadapan dengan mertua dan ipar duai.
Semoga Allah balas dengan adil semuanya. Sungguh hina seorang menantu
perempuan yang tidak bekerja di mata mertua. Suatu hari saya akan berjaya
dan masa itu awak susah baru tahu betapa tingginya langit itu.
Sumber: Kisah Rumah Tangga