Warga emas sumbat 28 bebola magnet dalam alat sulit, tersangkut
Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun di China mengalami kesukaran
untuk membuang air kecil selepas memasukkan 28 bebola magnet ke dalam alat
sulitnya.
Lelaki itu memberitahu doktor, dia tidak ingat bila dia memasukan objek
itu tetapi percaya ia dilakukan ketika dia sedang bermimpi pada Sabtu
lalu.
Pada awalnya, warga emas berkenaan enggan mendapatkan bantuan dan
menyangka dapat mengatasi masalah itu sendirian.
Namun, keadaan menjadi buruk apabila dia mengalami kesukaran untuk
membuang air kecil lalu datang ke hospital untuk mendapatkan
bantuan.
Dr Yin Chuanmin dari Hospital Daxing berkata, pesakit pada awalnya hanya
memaklumkan dia memasukkan satu bebola magnet dalam alat sulitnya. Tetapi
selepas menjalani x-ray, terdapat banyak bebola magnet dikesan tersangkut
dalam organnya itu.
Imej x-ray menunjukkan kesemua bebola magnet itu bercantum menjadi satu
ketulan yang besar.
Warga emas berkenaan dilaporkan stabil dan doktor menasihatkan orang
ramai tidak memasukkan bendasing ke dalam alat sulit kerana ia boleh
menyebabkan jangkitan.
Sumber: Daily Mail