Suami dipenjara 25 tahun kerana paksa isteri melacur untuk beli lampin dan susu bayi
Penganggur berusia 27 tahun yang didakwa memaksa isterinya untuk melacur
bagi memperoleh wang membeli lampin pakai buang serta susu bayi mereka
dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 24 sebatan, hari ini, lapor Asia
One.
Tertuduh juga mengaku memaksa anak perempuannya berusia enam tahun
melakukan seks oral dengannya dan menanggalkan baju, mencium dan mencabul
anak saudaranya yang berusia 13 tahun.
Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, Chan Seng Onn berkata, tertuduh
sepatutnya melindungi ketiga-tiga mangsa, bukannya menjadikan mereka
sebagai tempat untuk melampias nafsu serakah.
Tertuduh juga kerap melakukan keganasan terhadap isterinya yang berusia
28 tahun dan menderanya secara emosi bagi memeastikan mangsa memenuhi
kuota harian (pelacuran).
Dalam tempoh tiga bulan antara bulan Jun hingga Ogos 2016, mangsa telah
dipaksa melayani nafsu 138 lelaki dan suaminya meraih pendapatan dari
perbuatan terkutuknya itu sebanyak SD$11,000 (RM33,113.46).
Bagaimanapun, perbuatan jenayah tertuduh terbongkar selepas ibunya
membuat laporan polis pada Ogos 2016 kerana melakukan serangan seksual
terhadap cucu perempuannya.
Mahkamah dimaklumkan, tertuduh telah lama mendera isterinya, malah
sebelum mereka berkahwin pada tahun 2012.
Tertuduh mula memukul mangsa sejak tahun 2009, setahun selepas
menjalinkan hubungan. Kejadian itu semakin kerap berlaku apabila mangsa
disahkan mengandung. Dari bulan Jun 2015, mangsa didera sekurang-kurangnya
sekali seminggu.
Mangsa tidak berani menggunakan telefon bimbitnya atau menghubungi
keluarganya. Dia juga tidak melaporkan perkara itu kepada polis kerana
telah diugut bunuh oleh tertuduh sekiranya berbuat demikian.
Dalam tempoh 2010 hingga 2015, keluarga itu bergantung kepada pendapatan
isteri yang bekerja sebagai receptionist dan pembantu pejabat dengan
pendapatan SD$1,800 (RM5,418.57) sebulan yang diberikan terus kepada
suaminya.
Langit tidak selalunya cerah, pasangan itu mengalami masalah kewangan dan
mangsa terpaksa berhenti kerja.
Pada Jun 2016, tertuduh menolak cadangan isteri yang meminta dia mencari
kerja, malah memaksa mangsa menyara keluarga dengan melacurkan
dirinya.
Tertuduh menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan dan mengajar
isterinya bagaimana mencari pelanggan di media sosial.
Tertuduh juga mengajar mangsa mengiklankan dirinya sebagai ibu tunggal
agar ramai pelanggan yang berminat mendapatkan khidmatnya.
Tertuduh meminta isterinya mengenakan bayaran antara SD$80-SD$100
(RM240-RM300) untuk tempoh sejam dan SD$120 (RM360) untuk tempoh dua
jam.
Selain itu, mangsa perlu mencapai sasaran pelanggannya setiap hari tanpa
gagal atau terpaksa bekerja lebih masa pada hari seterusnya.
Lelaki itu pula secara sembunyi merakam mangsa yang sedang melakukan
hubungan seks dengan pelanggan, untuk memuaskan nafsu
peliknya.
Dalam satu kejadian, tertuduh memaksa isterinya memberi khidmat seks
kepada pelanggan yang merupakan bekas rakan sekelasnya. Apabila mangsa
gagal memujuk rakannya untuk melakukan hubungan seks 'threesome', mangsa
ditumbuk dan dipukul dengan 'dumb-bell'.
Antara Julai dan Ogos 2016, pasangan itu bersama dengan dua orang anak
mereka terpaksa berpindah ke hotel selepas tertuduh bergaduh dengan
ibunya.
Mahkamah diberitahu, selepas tertuduh melakukan hubungan seks dengan
isterinya, tertuduh memaksa anak perempuannya melakukan seks oral walaupun
pada ketika itu tertuduh merasakan dirinya dijangkiti penyakit
kelamin.
Tertuduh berhenti selepas isterinya ternampak perbuatannya itu dan
mengancam dua beranak itu untuk menutup mulut atau dibelasah.
Pada petang 31 Julai, tertuduh berang dengan isterinya yang gagal mencari
pelanggan kerana tertidur akibat keletihan. Mangsa dibelasah dan
memaksanya membawa anak saudara (mangsa ketiga) kepadanya.
Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang suaminya akan
menyerang anak saudaranya itu. Tetapi akhirnya terpaksa akur selepas
tertuduh mengugut akan membelasahnya lagi.
Mangsa menunggu di luar sekolah anak saudaranya itu pada jam 6.30 pagi
pada 1 Ogos dan membawanya ke hotel dan meninggalkannya di situ selepas
dia meminta anak saudaranya mandi.
Mangsa kemudian menyerahkan kunci kepada suaminya yang segera
menanggalkan pakaian lalu memeluk remaja berusia 13 tahun itu sebaik saja
dia keluar dari bilik mandi.
Tertuduh terus mencampak mangsa ke atas katil, membuka baju, baju dalam
dan menciumnya.
Tertuduh menggunakan bantal untuk menutup mulut mangsa yang menjerit dan
hanya berhenti berbuat demikian selepas mendapati mangsa tidak lagi
bersuara. Panik dengan keadaan itu, tertuduh memaklumkan kepada isterinya
dan mangsa dibawa ke klinik berhampiran dan meminta sijil cuti sakit
sebagai alasan untuk mengecualikan mangsa dari sesi persekolahan pada hari
itu.
Remaja itu kembali semula ke sekolah dan tidak memaklumkan kejadian itu
kepada sesiapa.
Pada 14 Ogos, keluarga itu kembali tinggal bersama dengan ibu tertuduh.
20 Ogos, ibu tertuduh menghubungi polis selepas cucunya mendedahkan
perbuatan bapanya yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Sumber: Asia One