Bayi nyaris maut, bapa terbancuh susu dengan serbuk racun lipas
Bayi perempuan berusia satu tahun mengalami masalah buah pinggang dan
hati selepas bapanya secara tidak sengaja terbancuh susu bersama serbuk
racun lipas, lapor South China Morning Post.
Mangsa, Doudou, dikejarkan ke hospital di Wuhan, Hubei, China selepas
meminum susu yang dicampur bersama serbuk racun lipas di mana bapanya
menyangka serbuk racun itu adalah tepung kalsium.
Mangsa bagaimanapun dibenarkan keluarpada Selasa lalu selepas dua hari
menerima rawatan di hospital berkenaan.
Bapa mangsa, Zhao, 28, mengakui kesilapannya dan ketika kejadian itu
berlaku dia baru bangun dari tidur serta masih dalam keadaan mamai apabila
isteri meminta dia menyediakan susu.
Zhao berkata, serbuk racun itu diletak berhampiran dengan tepung susu
anaknya dan rumah mereka pada waktu itu pula sedang diubahsuai pada
bahagian dalaman.
Jelasnya, muka anak perempuannya menjadi kebiruan dan muntah beberapa
kali selepas minum susu tersebut. Malah, mangsa tidak berhenti menangis
selain keadaannya mula menjadi lesu.
Zhao hanya menyedari kesilapannya itu selepas memeriksa bungkusan racun
yang dibuangnya ke dalam tong sampah, lalu segera membawa anaknya ke
hospital berhampiran.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Doktor berkata, susu beracun itu menjejaskan buah pinggang dan hati
mangsa tetapi mangsa tidak berada dalam keadaan kritikal.
"Kalau mangsa tidak segera dibawa ke hospital, kanak-kanak itu mungkin
akan kehilangan nyawa," katanya.