Bapa tikam anak bertubi-tubi sampai mati, tak tahan dengar mangsa kerap menangis
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mati dibunuh bapa kandungnya
sendiri dalam kejadian yang berlaku di Kota Tangerang, Indonesia.
Suspek menikam mangsa bertubi-tubi sehingga mati kerana bengang dengan
anaknya itu yang selalu menangis membuatkan dia berasa rimas dan
terganggu.
Selepas itu, suspek menghubungi mertuanya dan meminta dia datang ke
rumahnya kerana dia mahu membunuh diri. Tidak berapa lama kemudian,
mertuanya tiba dan terpaksa memecah pintu utama dan terkejut apabila
mendapati cucunya telah meninggal dunia dengan banyak kesan
tikaman.
Malam sebelum kejadian, Jusran, 29, jiran suspek terdengar suara mangsa
menangis pada jam 3 pagi. Tetapi dia tidak berasa curiga kerana menyangka
ia hanya suara tangisan biasa.
Jusran juga tidak mendengar sebarang bunyi pertengkaran pada waktu itu
tetapi menjelaskan, suspek dan isterinya selalu bergaduh sejak beberapa
hari lalu.
Bagaimanapun, suspek sempat diselamatkan. Ketika disoal siasat, suspek
mengaku membunuh anaknya kerana mangsa tidak mahu diam dan menangis tanpa
henti.
Difahamkan, suspek dan ibu mangsa sedang dalam proses perceraian dan
menunggu dibicarakan di mahkamah.
Bedah siasat melaporkan, terdapat banyak kesan tikaman di leher, lengan
dan badan mangsa yang telah mati lima jam sebelum ditemui datuknya.
Polis turut merampas senjata tajam yang digunakan suspek dalam kejadian
itu, untuk siasatan lanjut.
Sumber: Tribun Jakarta