Bayi m4ut selepas disapu dad4h pada gusi oleh ibunya
Seorang wanita didakwa di membunuh bayinya berusia setahun dengan menyapu
dadah jenis heroin di gusi mangsa dalam cubaan menidurkannya.
Bagaimanapun ketika wajahnya dirakam lensa kamera wartawan, Kimberly
Nelligan, 33, menunjukkan isyarat jari tengah.
Berdasarkan pertuduhan, Kimberly didakwa melakukan perbuatan itu terhadap
anak perempuannya sebanyak 15 kali dalam tempoh dua bulan yang menyebabkan
mangsa meninggal dunia pada 19 Oktober 2018.
Susulan kejadian itu, Kimberly ditahan dan dituduh membahayakan
kanak-kanak dan juga memiliki dadah. Namun, Kimberly mengaku tidak
bersalah di atas dua pertuduhan itu.
Dokumen mahkamah menjelaskan dengan terperinci bagaimana mangsa meninggal
dunia akibat diberi dadah tersebut di mana amaun yang sedikit juga boleh
menyebabkan keracunan toksik yang teruk.
Pada awalnya tertuduh menafikan dia pernah mengambil heroin tetapi
akhirnya mengaku mengambil dadah itu setiap minggu selama dua bulan
sebelum kematian anaknya.
Dalam keterangan bapa mangsa kepada polis, dia ternampak suspek menyapu
dadah itu di gusi anaknya sebanyak 15 kali. Kimberly juga pernah melakukan
perbuatan itu kepada dua orang anaknya yang lain ketika bayi meskipun
tiada niat untuk menyakiti mereka.
Kimberly berdepan dengan hukuman penjara setahun dan denda $2,000 kerana
membahayakan kanak-kanak. Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah, dia
berdepan dengan penjara 180 hari dan denda $1,000.
Sumber: Daily Mail