Berang suami tak dapat cari kerja, isteri camp4k bayi kembar dalam kolam
Pertengkaran pasangan suami isteri membawa kepada kematian bayi kembar
berusia 20 hari apabila si ibu mencampak mangsa ke dalam sebuah
kolam.
Dalam kejadian yang berlaku semalam di Daerah Muzaffarnagar, Uttar
Pradesh, si ibu bertindak sedemikian selepas gagal mengawal kemarahan
dirinya.
Difahamkan, pasangan itu bertengkar kerana si suami gagal mendapatkan
pekerjaan. Akibat terlalu marah, si isteri mencampak bayi kembar
perempuannya ke dalam kolam.
Namun selepas menyedari mangsa mati, suspek mereka cerita kononnya mangsa
dilarikan individu yang tidak dikenali dan membuat laporan polis di Balai
Polis Sikhera mendakwa anak mereka telah diculik.
Namun, siasatan mendapati keterangan pasangan berkenaan tidak konsisten
menyebabkan mereka ditahan dan berdepan dengan tuduhan membunuh serta
menyembunyikan kematian.
Sumber: Gulf News