Gadis hamil saman pekerja delivery sebab lambat hantar k0nd0m
Seorang wanita di Xuzhou, China, membeli kondom dari secara online
apabila dia mendapati stok kondomnya kehabisan sebelum dia mahu melakukan
hubungan intim dengan teman lelakinya.
Su, yang sedang menonton filem dengan teman lelakinya pada bulan lalu dan
membenarkan jejaka itu tidur semalam di rumahnya kerana hari sudah lewat
malam.
Namun, apabila mereka nak masuk tidur di bilik, hajat itu terbatal kerana
mereka tidak letih, lalu mereka bercadang untuk melakukan hubungan
intim.
Menyedari stok kondom sudah kehabisan, Su memesan kondom secara online
dan meminta barangan itu dihantar terus ke rumahnya. Aplikasi itu
mengatakan tempoh masa yang diambil untuk membuat penghantaran adalah 20
minit.
Jadi, Su pun bercadang untuk mandi terlebih dahulu sementara menunggu
barang itu sampai ke rumahnya.
Tetapi apabila Su selesai mandi, pihak berkenaan mengatakan pesanannya
mungkin tiba lewat berikutan cuaca yang tidak begitu
mengizinkan.
Ketika itu, Su dan teman lelakinya sudah hilang kesabaran lalu melakukan
hubungan intim itu tanpa kondom.
Pesanan itu hanya tiba di rumah Su selepas 28 minit kemudian, dari tempoh
Su membuat pesanan tersebut.
Sebulan kemudian, Su disahkan hamil. Tidak puas hati dengan perkara itu,
Su memfailkan saman 30,000 yuan (RM17,600) atas kelewatan pekerja
berkenaan bagi menanggung beberapa kos kerugiannya termasuk kos
perubatan.
"Kalau awak sampai tepat pada masanya, perkara ini (kehamilan) tentunya
tidak akan terjadi!" katanya pada pekerja penghantar barang
itu.
Meskipun begitu, pekerja terbabit enggan membayar apa-apa tuntutan
Su.
Sumber: China Press, World of Buzz