Lelaki rog0l remaja OKU dibakar sampai m4ti
Seorang lelaki yang dituduh merogol remaja perempuan OKU diserang dan
dibakar oleh orang awam.
Polis dikerahkan ke lokasi kejadian di sebuah perkampungan di Limpopo,
Afrika Selatan, di mana mereka mendapati mayat seorang lelaki yang sudah
rentung terbakar.
Menurut penduduk tempatan, lelaki itu dituduh merogol seorang remaja
perempuan berusia 17 tahun yang ketika itu sedang mengutip kayu
api.
Jurucakap polis, Kolonel Moatshe Ngoepe berkata, mangsa sebelum itu
bersama dengan seorang lagi wanita ketika diserang suspek. Tetapi berjaya
melarikan diri meninggalkan mangsa dirogol oleh suspek.
Apabila penduduk kampung mengetahui kejadian itu, mereka mengajak suspek
untuk berbincang tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di mana suspek
diserang sebelum dibakar.
Polis kini membuka kertas siasatan atas dakwaan membunuh dan meminta
mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek tampil untuk
membantu siasatan.
Tiada sebarang penangkapan dilakukan dan juga tiada suspek yang dapat
dikenalpasti yang terlibat dalam kes membakar perogol itu.
Komisioner Polis Limpopo, Lt Gen Nneke Ledwaba menyelar tindakan ganas
penduduk kampung dan meminta mereka menghormati undang-undang.
"Mereka yang terlibat dalam kejadian barbarik ini akan berdepan dengan
tindakan undang-undang tanpa kompromi," katanya.
Sumber: Daily Mail