Budak berusia 5 tahun diliw4t bergilir-gilir oleh 4 budak berusia 9 tahun
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun diliwat empat budak lelaki
berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Afrika Selatan.
Mangsa diserang secara seksual di kelas ketika dia mahu pulang dan ibunya
mendakwa salah seorang suspek berkata, "Awak akan jadi anjing
saya".
Menurut si ibu, dia berasa tidak senang hati apabila anaknya tidak pulang
ke rumah selepas beberapa jam berbanding waktu kebiasaannya tiba di
rumah.
Apabila mangsa pulang, lalu menceritakan kepada ibunya mengenai apa yang
berlaku.
Mangsa mendakwa, empat suspek terbabit menolaknya ke dalam kelas di mana
pakaiannya dibuka dan diliwat secara bergilir-gilir.
Salah seorang dari suspek berkata, "Awak akan jadi anjing (betina)
saya."
Ekoran kejadian itu, mangsa menjadi trauma dan tidak mahu hadir ke
sekolah.
"Saya bawa dia ke klinik dan walaupun mereka kata tidak banyak kecederaan
yang dialami, saya masih risau mengenai kesihatan anak saya," kata ibu
mangsa.
Pihak sekolah juga enggan mengambil sebarang tindakan dan meminta si ibu
menyerahkan kes itu kepada pihak polis. Malangnya, polis juga berkata
mereka tidak dapat membuka kertas siasatan untuk kes tersebut.
Undang-undang di Afrika Selatan menetapkan, hanya individu berusia 10
tahun ke atas dapat didakwa di mahkamah. Bermaksud, kanak-kanak di bawah
usia itu tidak dapati didakwa atas kesalahan jenayah.
Sumber: Daily Mail