'Sesak nafas, jantung berhenti berdegup 2 kali' - Pelajar nyaris mati kerana terlalu malas berjalan
Seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun di Zhejiang, China hampir mati
kerana gaya hidupnya yang tidak aktif yang memberi pengajaran buat dirinya
untuk berubah selepas ini.
Menurut laporan Sohu, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Ah Wah,
baring di katil asramanya pada jam 11 malam dan bermain dengan
telefonnya.
Secara tiba-tiba dia terasa tekanan di bahagian dada membuatkan dia
berasa lemas dan sukar bernafas.
Mangsa cuba bernafas dan mujur keadaannya itu disedari oleh rakan sebilik
yang terus menghubungi ambulans.
Selepas 10 minit kemudian, ambulans tiba dan membawa Ah Wah (berat 90
kilogram) ke kenderaan itu. Paramedik cuba memberi rawatan awal tetapi Ah
Wah tiba-tiba tidak sedarkan diri.
Apabila tiba di hospital, pasukan perubatan memberi bantuan pernafasan
(CPR) selama 10 minit dan akhirnya jantung Ah Wah berdegup
semula.
Ketika mereka mahu melakukan pemeriksaan bagi memastikan punca jantungnya
berhenti berdegup, tetapi terkejut kerana jantung lelaki itu berhenti
sekali lagi.
Doktor pakar dikerahkan ke wad untuk memeriksa keadaan pesakit yang
mengesahkan degupan jantungnya tidak normal dan tekanan darahnya juga
sangat rendah.
Pasukan perubatan profesional bergegas menyelamatkan nyawa lelaki itu
biarpun memakan masa sepanjang hari bagi mengetahui punca penyakitnya. Ada
segelintir doktor yang tidak menjamah makanan kerana mahu memastikan
pesakit itu dapat diselamatkan.
Akhirnya, mereka mendapati terdapat sejumlah besar darah beku di arteri
pulmonari pesakit yang menghalang aliran keluar kardiaknya. Doktor segera
memberi ubat antikoagulan kepada Ah Wah dan dia akhirnya
bangun.
Setelah sedar, Ah Wah menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor
yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya.
Menurut pengarah ICU yang mengendali kes Ah Wah berkata, pesakit
menderita embolisme paru-paru yang mungkin disebabkan gaya hidupnya yang
tidak aktif dan sihat.
Difahamkan, Ah Wah mengalami seliuh kakinya sebulan lalu dan doktor
menasihatkan dia untuk berehat di mana Ah Wah menggunakan alasan itu untuk
tidak bergerak.
Dia akan sentiasa mencari alasan untuk tidak keluar dari bilik asrama dan
hanya tinggal di bilik sepanjang hari sambil bermain permainan video di
telefon bimbit. Selain itu, Ah Wah juga akan meminta rakan sebiliknya
untuk membeli makanan kerana dia terlalu malas untuk keluar
sendiri.
Selepas kejadian itu, Ah Wah menangis dan berjanji untuk menurutkan berat
badan dan kekal sihat.
Sumber: World of Buzz