Bapa rogol anak hingga hamil, minta mangsa cari teman lelaki untuk jadi 'Pak Sanggup'
Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dirogol bapanya di rumah lelaki
itu di Kota Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Mangsa telah dirogol oleh bapanya yang berumur 50 tahun, berkali-kali
semenjak tahun 2017 sehingga disahkan hamil dua bulan.
Lapor Kompas, ibu bapa remaja berkenaan bercerai ketika dia masih kecil.
Lebih teruk lagi, mangsa pernah dirogol bapa saudaranya sendiri (adik
beradik ibu).
Selepas kejadian itu, mangsa mengambil keputusan untuk tinggal dengan
bapa dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Malangnya harapannya itu
berkecai apabila si bapa pula bertindak memperkosanya.
Ketika melakukan perbuatan terkutuk itu, si bapa mengetahui anaknya sudah
tiada dara, lalu bertanya siapa yang 'meragut' daranya itu. Mangsa
memaklumkan dia pernah dirogol oleh bapa saudara.
Mendengar pengakuan mangsa, suspek menjadi semakin kesetanan dan meratah
anaknya berkali-kali, selain mengancam untuk memberitahu bekas isterinya
yang mangsa pernah dirogol bapa saudaranya.
Selepas kejadian itu, mangsa disahkan hamil dan suspek menyuruh mangsa
mencari teman lelaki di luar agar lelaki itu boleh menggalas tanggungjawab
terhadap kandungan tersebut. Malangnya, mangsa tidak berjaya sehingga
kandungannya berusia dua bulan.
Panik dengan keadaan itu, suspek mengajak rakannya berumur 57 tahun untuk
merogol mangsa dan kemudian meminta rakannya bertanggungjawab di atas
kehamilan tersebut. Belum sempat berbuat demikian, rakan suspek merogol
mangsa dua kali sehingga keguguran.
Mengetahui mangsa telah mengalami keguguran, suspek kembali berniat untuk
mencabul mangsa tetapi ditolak dan mangsa terus melarikan diri sebelum
membuat laporan di balai polis.
Ekoran itu, suspek dan rakan subahatnya telah ditahan. Bapa mangsa
berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun, manakala rakan
subahatnya turut berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Suar Grid