Pundi kencing meletup akibat kebodohan sendiri
Seorang lelaki di Beijing, China menerima padahnya apabila keengganannya
untuk membuang air kecil selepas minum alkohol bersama dengan
rakan-rakannya sepanjang malam.
Difahamkan, mangsa sebelum itu pergi ke Bandar Changsha di Hunan untuk
urusan perniagaan. Namun, Li Hua, 25, bercadang untuk bertemu dan minum
bersama beberapa rakannya yang tinggal di bandar itu.
Pertemuan mereka berlangsung sehingga larut malam dan meskipun Li Hua
yang mabuk teruk terasa perlu pergi ke tandas tetapi dia tidak berbuat
demikian.
Selepas malam itu, Li Hua terasa sakit di bahagian perutnya dan tidak
dapat membuang air kecil. Malah, perutnya terasa tegang dan sakit ketika
ditekan.
Li Hua terus pergi bertemu dengan doktor dan doktor mengesahkan pundi
kencingnya telah pecah.
Doktor segera mengarahkan Li Hua menjalani pembedahan untuk mengeluarkan
sisa air kencingnya itu dan juga membaik pulih pundi kencingnya.
Difahamkan, Li Hua kini sedang dalam proses penyembuhan.
Sumber: China Press, World of Buzz