Ellie Suriaty Terbawa-bawa Karakter, Tergigit Kuat Sangat Sampai Dapat Love Bite!
Dek terlalu menjiwai watak, Ellie Suriaty tidak sengaja menyebabkan leher seorang pelakon wanita dalam siri Malaysian Ghost Stories lebam menyerupai gigitan cinta.
Akuinya, dia tergigit leher aktres berkenaan ketika melakonkan watak
Hantu Kum Kum.
Ellie berkata, dia bersimpati apabila melihat kesan gigitan itu pada
leher pelakon berkenaan ketika kembali ke set penggambaran sehari selepas
babak bersamanya.
"Saya puji produksi mencari watak mangsa kepada Kum Kum, sebab memang
ambil pelakon remaja.
"Pengalaman saya, tergigit kuat sangat sampai dapat love bite! Saya terbawa-bawa dengan karakter.
"Dari permainan watak, ada pemujaan dan sebagainya. Jadi saya ada apply
teknikaliti dari seni persembahan teater dalam presentation watak itu,
dimana dia muntahkan darah yang disedut secara terbalik.
"Memang menarik untuk penonton televisyen. Apapun, saya memang seronok
melakonkan watak ini," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ellie mengakui dia juga sebenarnya seorang penakut hingga
perlu memastikan dirinya sentiasa bersama dengan kru produksi.
"Kadang-kadang kalau tulis skrip cerita hantu pun bila tengah malam
dengar anjing menyalak, saya akan terus berhenti.
"Malah, ketika penggambaran telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, saya
pernah ditinggalkan bersendirian dengan pakaian pocong.
"Kebetulan pula ketika itu kru kamera kehabisan bateri, lagilah pula
saya sendirian dan tak boleh bergerak.
"Waktu tu dengar ada cik ponti sahut menyahut dan saya pula terikat
dengan pakaian pocong tak boleh nak lari.
"Jadi, untuk watak Kum Kum ini, saya pastikan bersama dengan ramai
orang," ujar isteri kepada aktor Azri Iskandar itu.
Tak sangka Ellie seorang penakut walaupun pernah mengarahkan cerita
hantu.