[Video] "Sebab Saya Sangat Kat Dia..", Seharian Nangis Kantoi Boyfriend Main Kayu Tiga, Nyaris Pengsan Sebab Tak Makan

Realitinya, episod putus cinta memang sangat menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang berada dalam situasi tersebut juga pasti akan kecewa dan sedih hingga ada yang mengalami tekanan perasaan. Golongan wanita juga biasanya perlu waktu yang panjang untuk pulih, lebih-lebih lagi apabila diuji pasangan yang tidak setia.

Sedih tengok member baru putus cinta…bekas teman lelaki sanggup selingkuh

Menerusi sebuah video dari Indonesia yang tular di TikTok, Arjelita Sianturi sempat merakam kisah sedih seorang rakan baiknya yang baru saja putus cinta. Difahamkan, gadis tersebut baru sahaja mendapat tahu teman lelaki bermain kayu tiga di belakangnya selama ini.

Asyik menangis, broken sangat sampai pengsan…Lemah sebab tak lalu makan atau  minum

Gara-gara terlampau sedih menerima perkara tersebut, gadis berkenaan bahkan ditemui dalam keadaan yang sangat lemah. Rupa-rupanya, dia sudah seharian menangis sehingga tidak mahu makan atau minum. Dalam pada itu, rakan-rakan yang lain dilihat berusaha memberi bantuan kepadanya supaya kembali sedar.

Kadang-kadang kita tak patut sayang orang melebih sangat…bimbang jadi macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa gadis berkenaan. Selain memuji sikap rakan-rakannya yang sangat mengambil berat, mereka turut menasihatinya agar berwaspada semasa menjalinkan hubungan cinta.



Sumber: TikTok Arjelita Sianturi 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close