[Video] "Tak Sangka Ini Isteri Balas..", Nangis Isteri Selingkuh Di Resort, Suami Fed Up Teruk Lepas Ambush Pintu Bilik

Dalam setiap perkahwinan yang dibina, bab-bab berkaitan kesetiaan dan juga kepercayaan adalah kunci kebahagiaan isteri serta suami. Banyak rumah tangga hampir musnah berpunca daripada sikap pasangan yang berani bermain kayu tiga atau suka ‘makan luar’.

Dapat mesej isteri selingkuh dengan orang lain…Suami terus menangis rasa macam dikhianati

Begitulah juga musnahnya perasaan seorang lelaki ini apabila menerima mesej mengatakan isterinya sendiri selingkuh dengan orang lain. Berita yang sampai ke pengetahuannya itu membuatkan dia menangis seorang diri kerana merasakan perasaannya dikhianati oleh insan disayangi.

Bersemuka dengan isteri…Terus terjah bilik tempat perempuan itu berada dengan ‘pasangannya’

Keesokan harinya, si suami dan juga rakannya telah ke sebuah resort yang disyaki lokasi isterinya berada untuk bersemuka dan menuntut penjelasan. Lelaki berkenaan yang dalam keadaan kecewa dan juga marah cepat-cepat menerjah pintu bilik di mana wanita tersebut bersama ‘pasangannya’ sedang berdua-duaan.

Rupa-rupanya isteri cuma prank, konon nak sambut birthday…Suami terus terkedu tak percaya

Siapa sangka rupa-rupanya isu selingkuh berkenaan hanyalah prank daripada si isteri. Wanita itu merancang penipuan tersebut sebagai satu helah untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya. Dalam pada itu, lelaki berkenaan kelihatan terkedu dan seakan-akan masih belum percaya dengan apa sebenarnya yang berlaku.

Sumber: TikTok Emyaghnia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close