[Video] "Kerja Boleh Cari, Tapi Orang Tua Tak Dapat Di Cari Ganti..", Bimbang Tak Sempat Bertemu Ibu Bapa, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Selepas Setahun Terpisah
Nekad berhenti kerja dan pulang ke pangkuan keluarga selepas setahun terpisah tentunya satu keputusan yang sukar. Tapi itulah yang dilakukan oleh pemuda ini selepas setahun terpisah dari keluarganya kerana berkerja sebagai juruteknik si sebuah syarikat di Singapura.
Kisah Muhammad Fais Ismail yang menyamar sebagai ‘runner’
telah mendapat perharian netizen selepas video dimuat naik di laman Facebook
menjadi tular.
Menerusi rakaman video tersebut, pemuda berusia 26 tahun itu
menjadi ‘runner’ dengan menghantar jambangan bunga dengan kad ucapan serta
bungkusan berisi aiskrim kepada ibunya, Parida Hanin Zakaria, 52, yang tidak
tahu dia adalah pengirimnya kerana memakai topi keledar.
Rakaman tersebut juga memaparkan ibunya yang tidak tahan
sebak selepas membaca kad ucapan sebelum Fais yang pada mulanya beredar
berpatah balik sebelum memeluk ibu, adik, Nur Fatihah, 24, dan bapanya, Ismail
Abd Hamid, 52.
Menurut anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu,
tiada seorang pun ahli keluarga tahu mengenai perancangannya untuk pulang
kecuali bakal tunangnya, Noor Fa Azillah Mohamed Rozali, 26, dan sepupu, Mohd
Fiqry Zulkifli, 26.
"Saya ada beritahu emak dan ayah berhubung perancangan
untuk pulang tetapi pada Oktober ini dan mereka tidak tahu saya akan kembali
lebih awal.
"Saya juga tidak maklumkan yang saya sudah berhenti
kerja pada 14 Mei lalu jadi kepulangan pada 30 Mei lalu benar-benar mengejutkan
mereka terutama emak.
"Alhamdulillah, kejutan itu menjadi walaupun tidak
pernah lakukannya sebelum ini dan saya berikan emak jambangan bunga ros kerana
tahu dia sukakannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.
Bersyukur dapat kembali, Fais mengakui keputusan itu diambil
kerana ada antara rakannya yang bekerja di Singapura tidak sempat bertemu
dengan ibu bapa mereka terlebih dulu kerana dijemput Ilahi.
"Saya berasa seperti mahu membuat sujud syukur apabila
diberi kesempatan bertemu semula dengan keluarga kerana sebelum ini, kami hanya
dapat berhubung menerusi WhatsApp dan panggilan video saja.
"Beberapa kali juga saya terfikir untuk berhenti
sebelum ini tetapi menangguhkan hasrat itu dan akhirnya nekad berbuat demikian
selepas melakukan solat istikharah mohon petunjuk.
"Saya kembali ke Johor Bahru pada hari raya kelima (17
Mei) dan menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu sebelum pulang ke
rumah," katanya.
Berkerja di Singapura sejak Oktober 2019, dia tidak sangka video
yang dimuat naiknya itu akan tular kerana sekadar berkongsi di FB untuk memberi
semangat kepada rakan lain yang masih bekerja di Singapura.
"Terkejut juga apabila menyedari video itu tular tetapi
bersyukur kerana ramai memberi komen positif walaupun ada yang menangis selepas
menontonnya.
"Ada juga komen negatif diterima tetapi saya tidak
ambil peduli kerana lebih ramai yang memberi kata positif.
"Buat masa ini, saya membantu keluarga menjalankan
perniagaan kuih dulu sebelum mencari pekerjaan lain lebih sesuai dan ada
kemungkinan kembali bekerja di Singapura jika ada peluang selepas pandemik reda
nanti," ujarnya.
Sumber : FB (Fais Ismail)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.