“Bukan saya sengaja sorok calon isteri. Dia lebih selesa begini..” – Haqiem Rusli
Tak dinafikan lagi, ramai peminat terkejut apabila penyanyi terkenal Haqiem Rusli mengumumkan bakan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.
Memetik temubual bersama Kosmo, tanpa pengetahuan ramai
orang, ibu bapa kedua-dua pihak telah pun bertemu dan berbincang bagi
memperincikan urusan pernikahan.
Harap urusan perkahwinan berjalan lancar
“Ikutkan kami mahu mempercepatkan tarikh tetapi beberapa
urusan seperti borang-borang, ujian darah dan sebagainya, jadi Disember ialah
masa paling sesuai.
“Tetapi kalau segala urusan lancar, kami tak kisah
disegerakan. Lagi pun kami sempat menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama
tahun lalu iaitu sebelum PKP yang pertama.
“Kalau boleh tentu kami ingin hari bahagia itu nanti
mengikut adat, bermula dengan acara merisik dan bertunang sebelum diijab
kabul,” katanya kepada pihak Kosmo.
Apabila ditanya sama ada calon isteri adalah rakan kongsi
restoran yang diusahakannya, pelantun lagu Adlina Marie itu menegaskan hanya
akan memperkenalkan pilihan hatinya itu pada hari pernikahan kelak.
Bukan sorok calon isteri tapi…
Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa gadis itu sendiri
yang lebih selesa tidak dikenali sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri
nanti.
“Biarlah begini. Bukan saya sengaja sorok dia. Dia sendiri
yang lebih selesa begini sebab belum sampai masa lagi untuk diperkenalkan.
“Cukuplah keluarga saya mengenalinya dan kedua-dua belah
pihak mengetahui perhubungan kami,” ujarnya.
Selain restu orang tua, Haqiem menyifatkan keperibadian
kekasihnya merupakan faktor utama yang membuatkan hatinya terbuka untuk menjadi
seorang suami.
Sentiasa ada saat susah dan senang
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan
bahawa gadis itu sentiasa berada bersamanya dalam susah dan senang serta
menerima segala kekurangan diri seadanya.
“Sepanjang 2 tahun perkenalan, dia sentiasa di sisi saya,
dalam susah dan senang. Lebih utama dia menerima baik dan buruk saya.
Keikhlasannya tanpa syarat,” jelasnya mengakhiri temubual.
Terdahulu, ini, Haqiem pernah mengulas mengenai hubungannya
dengan model kelahiran Australia berusia 16 tahun yang hanya diperkenalkan
sebagai R.
Sumber: Kosmo Online (Hanisah Selamat)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.