Didakwa ugut mahu sebar gambar aib, bekas suami Zarina Anjoulie ditahan polis
Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas Azhar yang berusia
20-an ditahan susulan laporan polis dibuat oleh Zarina Anjoulie atau nama
sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul pada hari Sabtu lalu.
Ditahan atas dakwaan ugutan mahu sebar gambar aib
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd
Fazley Ab Rahman berkata, tindakan tersebut diambil selepas pelakon berusia 34
taun itu membuat laporan polis berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas
suaminya itu.
“Pelakon itu mendakwa terima pesanan berunsur ugutan
daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.
“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke
IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan
polis,” katanya ketika dihubungi pihak Sinar Harian.
Kes masih dalam siasatan
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun
Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk
keputusan dalam waktu terdekat.
Minta bayaran RM10,000 sebelum cerai
Terdahulu, Zarina Anjoulie memuat naik beberapa bukti
tangkap layar mesej perbualan di Instagram yang mana Zarina bertanya sama ada
dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan.
Namun, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah
RM10,000.
“Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas),
semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing dia.
“Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main letak dalam
Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam,” tulisnya.
Selain itu, pada ‘posting’ sama, pelakon itu turut berkongsi
laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar
rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.
Zarina Anjoulie yang lebih mesra dipanggil Anju mendirikan
rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam
Daerah Seremban selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga pada 2015,
namun bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan
seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.