[Video] "Kami Nekad Buat Majlis Tunang Walau Secara Online..", Tunang ‘Online’ Ketika PKP, Ibu Sendiri Sarungkan Cincin Tanda
Umum sedia tahu bahawa ketika Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), sebarang aktiviti keramaian atau berkumpul tidak dibenarkan.
Jadi, aktiviti seperti majlis perkahwinan, majlis
pertunangan, kenduri-kendara dan bermacam lagi perlu ditangguhkan.
Tunang online je sekarang
Mencari inisiatif lain untuk mengadakan majlis pertunangan,
seorang gadis telah berkongsi momen dimana melakukan pertunangan secara atas
talian sahaja dengan membuat video call bersama keluarga pihak lelaki.
Perkongsian yang dibuat oleh farahainjeman ini bukan hanya memudahkan urusan, tetapi turut menjimatkan kos majlis.
Hehe done tunang through microsoft teams! pic.twitter.com/58WBYrOuqe
— Ain (@farahainjeman) June 6, 2021
Ajak tunang macam nak pergi mcD
Dia juga memaklumkan sehari sebelum bertunang, kekasihnya
mengajak untuk mengikat tali pertunangan dengan begitu ‘selamba’ apabila cuma
bertanya sama ada mereka sekeluarga mempunyai masa lapang ataupun tidak pada
keesokkan harinya.
Jadi, apabila masing-masing menyatakan persetujuan, mereka
terus sahaja rasmi bertunang secara atas talian.
Boleh dah buat macam ni kalau nak buat majlis
Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen
diruangan Twitter farahainjeman dengan
mengucapkan selamat bertunang buatnya dan pasangan.
Ada juga daripada mereka turut mahu melangsungkan majlis
seperti ini memandangkan masing-masing terpisah jarak dengan pasangan dan juga
atas kekangan PKP yang entah bila akan selesai.
Sumber: farahainjeman
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.