"Saya Akan Bawa Anak & Isteri Buat Group Nyanyian..", ‘Letak Jawatan’ Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Tubuh Grup Bersama Isteri & Anak
Awal minggu lalu, industri hiburan Tanah Air ‘dikejutkan’
dengan pengumuman bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang enggan
lagi digelar penyanyi nasyid.
Oleh itu, dia meminta orang ramai tidak melabelnya sebagai
penyanyi lagu nasyid seperti sebelum ini.
Tubuh grup nyanyi dengan keluarga
Namun begitu, menerusi Harian Metro, Suhaimi memaklumkan
yang dia bersama isteri, Ina Naim dan empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El
Fardie, 13; Sallman El Khoyri, 11; Phyrosh Ed Fadwah, 9; dan Nurlayla El
Ghufrony, 7 telah menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian sekitar Januari lalu.
“Saya akan terus menyanyi mengikut cara sendiri dan selagi
ada suara. Tanpa jenama nasyid pun saya masih boleh berkarya.”
“Justeru saya menghasilkan album bersama kumpulan Bismillah
yang ditubuhkan pada Januari lalu. Ia dianggotai saya dan isteri, Ina Naim
serta anak-anak,” katanya.
Lagu berunsuf positif & ketuhanan
Penyanyi yang kerap kali mengeluarkan kenyataan kontroversi
itu juga bertegas enggan digelar kumpulan nasyid atau genre berkenaan kerana
merasakan mereka hanya menyanyikan lagu yang berunsur positif, nasihat dan
ketuhanan.
“Ikutkan ramai juga artis pop lain buat macam ini dan mereka
tak dipanggil penyanyi nasyid pun. ujarnya.
Menurut sumber lagi, Suhaimi menyatakan bahawa mereka akan
mengeluarkan sebuah album nyanyian dan akan dipasarkan dengan harga RM30 berbentuk CD dan hantaran
file.
Semua urusan boleh menghubunginya menggunakan aplikasi
whatsApp dan penghantaran secara pos.
Terdahulu, Suhaimi Saad kerap kali mengeluarkan kenyataan
yang agak sensitif dan bertentangan
mengenai isu-isu besar seperti vaksin dan juga prosedur operasi standard
(SOP) yang mencetuskan perbalahan di media sosial.
Hal ini membuatkan namanya sentiasa menjadi ‘sebutan’ dan
kerap trending kerana isu-isu baru yang hangat dibualkan di media sosial.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.