"Seolah Otak Di Lutut..", Pembaca Berita Kiritk Isu Kompaun RM50K Kepada Peniaga Kecil Buat Netizen Berpuas Hati..
Berikutan daripada kes yang tular tentang isu peniaga burger dari Kelantan, Wan Mohd Faisal itu yang telah dikompaun sebanyak RM50,000 kerana membuka kedai melebihi dari jam 10 malam menyebabkan netizen berasa kesal dan kecewa.
Bukan setakat itu sahaja, semalam
mulai tular apabila isu itu telah memasuki ruangan berita awani dan gelagat
pembaca berita Luqman Hariz seolah – olah bengang dengan apa yang terjadi.
Sekarang ini ramai yang hidup
secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak
seolah otak di lutut.
“Mengenakan kompaun RM50,000 pada
penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat
kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga,”
Awani punya berita. SEOLAH OTAK DI LUTUT DIKENAKAN KOMPOUN 50K! HAHAHAHA pic.twitter.com/CqfAGF9iUO
— 하루 (@Zulhelmikhari) April 27, 2021
Video yang dimuat naik oleh
seorang pengguna di laman twitter telah meraih bnyak retweets dan tanda suka
kerana ramai netizen yg berpuas hati dgn ungkapan dari Luqman itu.
Menjengah ke ruangan komen pula,
ramai yang bersetuju dgn cara Luqman menyampaikan berita tersebut dimana
dianggap sebagai tidak berlapik dan terus jujur.