[Video] "Macam Cerita Hindustan..", Viral Rakaman Wanita Ser4ng Polis Demi Selamatkan Suami Warga Pakistan

PETALING JAYA – Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya, yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 7.26 petang ketika polis membuat pemeriksaan terhadap dokumen lelaki asing itu.

“Polis meminta ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ menunjukkan dokumen pengenalan diri termasuk surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagaimanapun surat yang dikemukakan adalah palsu.

“Secara tiba-tiba wanita tersebut meluru ke arah polis lalu mengeluarkan kata-kata ᴋᴇꜱᴀᴛ dan merampas dokumen milik suaminya yang berada di tangan anggota polis.

“Dia turut mempersoalkan pemeriksaan yang dilakukan pihak polis terhadap suaminya itu termasuk cuba ᴍᴇɴʏᴇʀᴀɴɢ anggota itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, jelas beliau, pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 tahun itu diberkas dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 59 saat tular di laman sosial memaparkan wanita tempatan itu melakukan provokasi termasuk ᴍᴇɴʏᴇʀᴀɴɢ anggota polis yang bertugas.

Kes disiasat bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 186 (KK)/ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 506 (KK)/ ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( APPPB)1988/ 15(1)(c) Akta Imigresen.

Reaksi Warganet : 

Sumber : Aku Papan Kekunci

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close