"Memang Nahas La Kau Kat Dalam..", Suami Kejam Yang Viral Memukul Isteri Mengandung Sehingga Koma DiTahan Setelah 38 Hari Bersembunyi

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selepas ᴅɪꜱʏᴀᴋɪ ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ isterinya sehingga ᴋᴏᴍᴀ dalam kejadian di Johor pada 4 Mei lalu terpaksa hidup merempat dengan menumpang rumah kenalan selama 38 hari semata-mata mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kelicikan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ berusia 38 itu berakhir jua apabila dia ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ polis semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Tangkapan ke atas lelaki itu adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.

Sumber berkata, semasa tangkapan dibuat, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ turut bertindak agresif apabila ᴍᴇʟᴀɴɢɢᴀʀ motosikal yang ditunggang anggota polis.

“Berlaku pergelutan di lokasi tersebut, namun tiada anggota yang mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ,” kata sumber kepada Akhbar Tempatan di sini semalam.

ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dipercayai bersembunyi di rumah kenalannya di Kuala Lumpur selama 38 hari.

Menurut sumber itu, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang berasal dari Alor Setar dan bekerja sebagai peniaga pakaian di pasar malam dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut dengan menumpang rumah kenalannya sepanjang 38 hari menjadi ʙᴜʀᴜᴀɴ polis Johor.

Katanya, sebaik ditangkap, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 325 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana mendatangkan ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ ᴘᴀʀᴀʜ.

Ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu dijangka dijalankan di IPD berkenaan.

ᴍᴀɴɢꜱᴀ mula menunjukkan pemulihan selepas dibawa pulang ke rumahnya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu.

Pada 17 Mei lalu melaporkan, seorang isteri yang juga penjawat awam berusia 43 tahun di Johor terpaksa bertarung ɴʏᴀᴡᴀ di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dipercayai ᴅɪʙᴇʟᴀꜱᴀʜ suaminya pada 4 Mei.

Lebih malang, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang ketika itu ᴍᴇɴɢᴀɴᴅᴜɴɢ empat minggu telah dihantar ke HSA oleh rakan suaminya, manakala ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ melarikan diri ke Lembah Klang.

ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang baru tujuh bulan bernikah dengan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ ᴘᴀʀᴀʜ dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat ᴘᴇɴᴅᴀʀᴀʜᴀɴ selain rahang, tulang belakang serta ʀᴜꜱᴜᴋ ʀᴇᴛᴀᴋ dipercayai ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ.

Kejadian berlaku semasa ᴍᴀɴɢꜱᴀ berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Larkin.

ᴍᴀɴɢꜱᴀ bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 1 Jun lalu.

Walaupun masih tidak sedarkan diri, namun keadaan wanita itu dilaporkan stabil.

Susulan kejadian itu, polis telah mengedarkan gambar suami ᴍᴀɴɢꜱᴀ bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

‘Harap lelaki itu bertaubat’

Keluarga kepada seorang wanita yang koma selepas disyaki ᴅɪᴘᴜᴋᴜʟ oleh suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu berharap ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dikenakan ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ paling berat dan setimpal dengan perbuatan ᴋᴇᴊᴀᴍ yang dilakukan ke atas ᴍᴀɴɢꜱᴀ.

Adik ᴍᴀɴɢꜱᴀ dikenali sebagai Fazariah berkata, mereka sekeluarga akan menuntut keadilan mengikut undang-undang dan berharap ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ bertaubat dengan apa yang telah dilakukannya.

“Semoga ada keadilan buat kakak dan kami sekeluarga berharap dengan ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ yang akan dikenakan nanti, ia akan memberi kesan kepada si pelaku agar segera bertaubat.

“Memaafkan itu mungkin ada, tetapi untuk terima dia semula dalam keluarga sangat sukar, kami tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang juga kakitangan awam dilaporkan sudah dibawa pulang untuk dirawat di rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka selepas dibenarkan pulang dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 30 Mei lalu.

Menurut Fazariah, kakaknya yang kini hamil 14 minggu juga sudah memberi perkembangan positif sejak Rabu lalu apabila telah membuka mata, namun masih belum bertindak balas.

“Rabu lalu, dia sudah buka mata, tetapi masih belum beri respons apa-apa, kami bercakap dengannya dan dia tidak balas. Kakak masih lemah dan belakangnya juga sudah melecet agak teruk sebab baring terlalu lama.

“Kami sudah sapukan ᴜʙᴀᴛ untuk meredakan ʟᴜᴋᴀ dan kami jangka kakak akan pulih dalam tempoh empat atau enam bulan. Buat masa ini, kakak masih menggunakan tiub untuk makan dan kami hanya sediakan susu khas untuk kakak,” katanya.

Sumber : Aku Papan Kekunci

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close