[Video] "Macam Tak ada Benda Lain Nak Bawa Bergaduh..", Viral Jiran Bergaduh Gara-Gara Tanaman Dan Parkir Kereta

SHAH ALAM – Gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menyebabkan sekumpulan jiran ʙᴇʀɢᴀᴅᴜʜ dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Seksyen 24 di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

Kes disiasat dijalankan mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 269, ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 148 dan ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ʙᴇʀᴊᴀɴɢᴋɪᴛ (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ) 2021.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ undang undang,” jelasnya.

Sumber : Aku Papan kekunci

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close