[Video] Gadis ‘Meroyan’ Ayah Guna Cup BTS Isi Cacing Untuk Mancing-“Dahla Beratur Lama”
Sejak beberapa minggu lalu telah kecoh pembelian ‘menggila’ daripada peminat BTS setelah kumpulan K-Pop tersebut membuat kolaborasi bersama sebuah jenama fast food. Pembalut, bekas makanan serta cawan minuman yang mempunyai logo berwarna ungu tersebut disimpan oleh mereka atas dasar minat. Malahan ada juga yang menjual semula bungkusan terpakai itu dengan harga tinggi.
Ya Allah bapak aku nak mancing ikan kenapa isi cacing pakai benda tu
Namun bagi gadis ini, niatnya menyimpan barang itu tidak
bertahan lama apabila ayahnya di rumah menggunakan cup BTS tanpa bertanya
dahulu. Lebih lucu lagi, dia mula ‘moroyan’ setelah mendapati benda ‘berharga’
berkenaan akhirnya menjadi kotor dibuat mengisi cacing tanah untuk tujuan
memancing kelak.
Derhaka kalau membebel kat bapak sendiri hanya sebab BTS
Tatkala ada yang menganggap dia membebel marah kepada lelaki
berkenaan, Anissa menafikan tidaklah sampai ke tahap itu. Malah dia senang hati
kerana si ayah katanya berseloroh mahu menggantikan semula dengan wang ringgit.
Jangan sampai cacing tu kolaborasi dengan BTS
Bagi menutup mulut netizen yang bersangka buruk, gadis
cantik ini juga mendedahkan semua makanan segera set BTS berkenaan dibeli
dengan hasil pekerjaannya sendiri. Bukanlah dengan meminta duit ayahnya seperti
yang diperkatakan. Rakaman viral itu malah membuatkan pengikutnya mendadak ke
250,000 orang dalam masa 2 hari selain dihubungi pihak media.
Sumber : TikTok Uwi Anissa
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.