[Video] Isteri Kena Taat Pada Suami Baru Senang Bersalin? Wanita Ini Kongsi Kisah Pilu

Setiap wanita bergelar ibu pasti akan melalui pengalaman yang berbeza-beza ketika hendak bersalin. Mungkin ada di antara mereka dapat melaluinya dengan begitu mudah dan cepat, manakala sesetengah lagi perlu berhempas pulas bertarung demi zuriat tercinta.

Sebabkan lalui proses bersalin yang agak sukar untuk bayi keempat…Cadang share sikit cerita

Walaupun sudah 3 kali menimang cahaya mata, namun pengalaman kali keempat buat seorang wanita bernama Nur Ain sedikit berbeza. Kepayahan yang dilalui sewaktu proses bersalin membuatkannya turut berkongsi cerita di ruangan TikTok dan mendapat sambutan ramai.

@nurain0810

Reply to @farhanie_zulkefli8

♬ original sound - Nur Ain

Tolong bagi pada saya hadis atau firman tu…Yang mana isteri taat pada suami akan mudah bersalin

Walau bagaimanapun, ada seorang pengikut lelaki telah tinggalkan komen dengan menasihati para isteri untuk sentiasa taat kepada suami kononnya bagi memudahkan proses bersalin. Namun, Ain sama sekali tidak bersetuju selain meminta hujah tersebut disertakan dengan sumber justifikasi yang lebih sahih.

@nurain0810

Reply to @insanbiasa106

♬ original sound - Nur Ain

Bini yang menanggung nafkah keluarga ni…Adakah dia susah bersalin sebab derhaka pada suami?

Malah, Ain sendiri sempat bercerita kisah rakannya yang terpaksa berdepan komplikasi bersalin kerana mengandung ketika kesan caesarean anak pertama masih belum sembuh. Situasi itu berlaku gara-gara perbuatan suami yang juga seorang penagih. Kejadian berkenaan telah membuka matanya sebelum menasihatkan supaya taat kepada orang yang betul serta bertanggungjawab.

Isteri Kena Taat Pada Suami Baru Senang Bersalin? Wanita Ini Kongsi Kisah Pilu 2Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: TikTok Nur Ain

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close