"Kalau Jepun Jarang Tak Rare..", Sebiji Macam Roti! Jepun Cipta Pelitup Muka Boleh Dimakan Pertama Di Dunia
Di saat seluruh dunia dilanda COVID-19, antara SOP yang wajib dipatuhi adalah dengan memakai pelitup muka ataupun ‘face mask’.
Kini, ‘face mask’ boleh didapati dalam pelbagai bentuk
warna, corak dan dijual di kebanyakan kedai seakan ia barang ‘aksesori’ atau
fesyen pula.
Tapi di Jepun, ada juga pelitup muka yang boleh dimakan tau!
Pelitup muka yang boleh dimakan itu diberi nama ‘Mask Pan’.
Pelitup muka roti melon
Pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun, maksudnya pelitup
muka tersebut direka berbentuk roti melon, iaitu roti yang terkenal di negara
berkenaan.
Tahu tak? Ia turut diperbuat daripada roti melon yang
sebenar. Menakjubkan, bukan?
Pereka pelitup muka roti melon
Memetik portal SoraNews24, idea pembuatan pelitup muka roti ini berasal daripada 3 pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa bernama Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.
Alasan mereka untuk mencipta pelitup muka ini ialah kerana
mereka mahu menghidu bau roti melon pada sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, pelitup muka tersebut juga telah diuji
secara klinikal dan terbukti mampu memberi perlindungan sama seperti pelitup
muka biasa.
Menurut sumber, Mask Pan akan dijual di Jepun secara ‘online’
bermula 10 Jun ini dengan harga sekitar RM67 (1,800 yen).
Sumber: SoraNews24 (Oona McGee)
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.