"Jodoh Tak Mengenal Usia..", Alhamdullilah, Ustaz Abdul Somad Sah Menjadi Suami Kepada Gadis Usia 19 Tahun


Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini, lapor CNN Indonesia.

Menerusi laman Instagram, pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya yang berusia 19 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

“Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 Wib,” tulis kapsyen posting itu yang turut disertakan hadis Rasulullah SAW mengenai pernikahan.

Foto berkenaan menerima lebih 600,000 tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

Terdahulu media melaporkan Penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad dilaporkan menceraikan isterinya selepas permohonan perceraian itu diluluskan mahkamah syariah.

Tribunnews melaporkan, hakim di mahkamah syariah Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42, dengan isterinya, Mellya Juniarti semalam.

Mahkamah membuat keputusan itu tanpa kehadiran penceramah popular berkenaan manakala Mellya, 29, dilaporkan datang lewat.

Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing.

Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019.

“Mahkamah sudah bersidang sebanyak 11 kali termasuk proses rundingan,” katanya.

Sumber: CNN Indonesia , Instagram UAS

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close