10 Remaja Yang Viral Bergaduh Gara-gara Awek Kini Di Tahan Polis
Seramai 10 remaja termasuk remaja perempuan berusia 13
hingga 18 tahun yang terbabit dalam pergaduhan berebut teman wanita yang
videonya viral di media sosial hari ini, ditahan untuk membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten
Komisioner Anuar Othman berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang, Selasa
lalu di sebuah gerai kosong bersebelahan dengan Stadium Mini Bola Sepak,
Kampung Gajah.
Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa
menunggang motosikal sambil dibonceng oleh remaja perempuan berusia 14 tahun
yang merupakan kekasih kepada salah seorang suspek berusia 13 tahun.
Perkara itu menyebabkan rakan suspek cemburu dan marah lalu
mengambil tindakan sendiri dengan membelasah mangsa.
"Tiada kesan kecederaan atau kesan lebam pada badan
mangsa. Mangsa menyatakan tidak dipukul mengunakan apa-apa objek semasa
kejadian.
"Tujuh pakaian yang dipakai suspek berdasarkan rakaman
video terbabit serta telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian itu
telah dirampas," katanya.
Kesemua suspek termasuk mangsa ditahan untuk siasatan di
bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.