Bapa Beri Anak Berusia 2 Tahun Isap Vape Sambil Dirakam Isterinya Kini Direman Polis Selama 7 Hari
Lelaki yang dipercayai bapa
kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang memberi anak kecil itu menghisap
rokok elektronik atau vape di mana videonya viral di media sosial baru-baru ini
telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Gombak,
Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan
di Setapak, pada Selasa, 4 Mei 2021.
Pihak polis bersama dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke kediaman lelaki itu semalam untuk
membuat pemeriksaan.
Ibu dan kanak-kanak itu kemudian
diselamatkan dan dibawa dan ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk
menjalani pemeriksaan, sebelum menahan bapanya yang dipercayai terbabit dalam
insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Siasatan awal polis mendapati,
lelaki itu memberikan vape kepada anaknya, sambil dirakam oleh isterinya pada 2
Mei di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, Selangor.
Suspek direman selama seminggu
untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beberapa hari lalu, viral video
berkenaan di media sosial mengundang kemarahan netizen yang menggesa pihak
berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ibu bapa kanak-kanak
terbabit.
Menyedari diri dan suami dikecam
teruk, si isteri tampil menjelaskan dia bebas memuat naik apa jua kandungan di
media sosialnya. Malah, menghalau mereka yang tidak bersetuju dengan
tindakannya itu untuk berhenti mengikuti akuan media sosial miliknya.
Bagaimanapun, wanita itu berubah
nada apabila mengakui tidak tahan dengan tekanan yang diberi oleh netizen. Dia
turut memohon maaf dan meminta orang ramai berhenti dari menyebarkan video
tersebut.
Suaminya juga tampil
mempertahankan isterinya dan menafikan dia dan isteri mendera anak lelaki mereka.
Sebaliknya, dia mendakwa mereka hanya sekadar bergurau dan anaknya agak lasak,
ganas dan suka bermain dengan benda yang bukan mainannya.
"Dia agak lasak dan ganas,
suka bermain benda yang bukan mainan dia atau budak-budak. Kalau dia nakkan
sesuatu, mesti dia nak juga," katanya.
Tetapi dalam video tular, jelas
kelihatan di wajah kanak-kanak itu mengalami kesukaran bernafas setelah diberi
menghisap vape. Sedangkan pada usia sebegitu dia tidak sepatutnya didedahkan
dengan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.