[Video] Lelaki Tagih Hutang Guna Mikrofon
Aksi seorang pegawai
koperasi meminta ahlinya membayar ansuran pinjaman menggunakan mikrofon yang
disambung dengan alat pembesar suara menjadi viral dalam media sosial.
Lapor Kompas.com, pegawai
tersebut yang dikenali sebagai Adli Nawari terpaksa berbuat demikian selepas
beberapa ahli koperasi asyik mengelak untuk membayar hutang.
Katanya, mereka sudah dihubungi
banyak kali supaya melunaskan bayaran ansuran pinjaman, namun tidak diendahkan.
Video yang tular dalam media
sosial itu menunjukkan Adli menggunakan mikrofon meminta seorang wanita
membayar hutang pinjamannya.
Jelas Adli, dia pada mulanya
bertemu dengan wanita itu di rumahnya untuk meminta bayaran ansuran namun
kehadirannya tidak dihiraukan.
“Kebetulan ada sekumpulan penduduk sedang berkaraoke
berhampiran rumah wanita itu, lalu saya pinjam sebentar mikrofon serta alat
pembesar suara.
“Terkejut dengan keadaan itu,
wanita tersebut kemudiannya membayar ansuran pinjamannya,” katanya.
Jelas Adli, dia tiada niat untuk
memalukan ahli koperasi yang liat membayar hutang.
Sumber : Utusan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.