[Video] Viral Wanita Ditampar Dengan Sayur Oleh Pemilik Kedai Warga Asing
Seorang pemilik akaun facebook bernama Hanim Abdul Aziz
memuat naik rakaman video kakaknya yang di tampar dengan sayur oleh seorang warga asing. Mangsa telah
membuat laporan polis atas kebiadaban yang dilakukan oleh warga asing tersebut.
Menurut kejadian, mangsa yang tinggal di blok C PPR Lembah
Subang Petaling Jaya telah menyuruh anaknya membeli air minuman F&N
Strawberry di kedai runcit yang terletak
di bawah flat tersebut. Setibanya anaknya di rumah, dia memberitahu air
berkarbonat tersebut berharga RM2.90 sedangkan pada label hanya berharga
RM2.50. Beliau tidak berpuas hati lalu turun ke kedai.
Sewaktu di kedai mangsa bertanya mengapa harga air minum
yang dibeli tersebut tidak sama dengan harga pada label? Lelaki tersebut tidak
menjawab lalu marah dan memakinya dengan perkataan bodoh. Mangsa berang lalu
merakam video lelaki tersebut. Ketika imejnya dirakam, suspek sedang mengikat
sayur kemudian keluar daripada kaunter sebelum menampar kepala mangsa
menggunakan sayur.
Kemudian mangsa pergi ke balai polis kerana berasa tidak
puas hati selain ingin melaporkan perkara tersebut kepada KPDNKK. Selain itu,
pemilik akaun turut mendakwa warga asing tersebut memiliki kad pengenalan.
Menurutnya lagi, walau perbezaan harga nampak kecil tetapi dia tidak boleh
sewenang-wenangnya menaikkan harga. Apatah lagi kakaknya seorang ibu tunggal.
Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
Sumber:Hanim Abdul Aziz, KeluargaBahagia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.