"Berbaloi Sangat, 43 Juta Ringgit Je..", Aliff Syukri Mahu Jual Rumah RM43 Juta Sebab Nak Beli Hotel Pula
Ramai mengetahui rumah banglo mewah milik usahawan k0smetik,
Datuk Aliff Syukri baru saja siap dibina awal tahun ini selepas mengambil masa
hampir 4 tahun untuk menyiapkannya.
Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff memaklumkan dia bers3dia
untuk menjual banglo mewahnya yang mempunyai 30 buah bilik tidur itu dengan
harga RM43 juta lengkap dengan perabot sekiranya ada yang berminat.
“Kalau ada rezeki saya memang mau jual rumah tu. kalau ada kerabat
diraja ke atau menteri yang ada hati nak belilah. Rumah tersebut mempunyai
lebih 42,000 kaki persegi dengan build up sekitar 40,000, nak jual sekitar RM43
juta fully furnish. Tak rugi korang beli.
beginilah rupa banglo RM43 Juta Dato Aliff Syukri
“Bukannya menyesal, saya buat rumah ni habis jugalah dalam
RM32 juta. Jadi rasanya kalau ada rezeki rumah tu terjual saya nak beli hotel
pula la,” katanya kepada Media Hiburan.
Aliff juga memberitahu, tujuan utama beliau mahu membeli
sebuah hotel adalah untuk menampung gaji dan keperluan pekerja, dalam masa yang
sama boleh menjana pendapatan lain.
“Bila sudah dikira-kira tiada untung juga sebab saya perlu
langsaikan soal kelengkapan yang agak banyak. Kalau ada hotel, pekerja saya
boleh la tinggal di sana dan pada masa sama, mereka boleh akan dapat income
lain.
“Tapi saya buat rumah tu pun bukan sebab nak jual. Cuma jika
ada yang berminat dan tawarkan harga berpatutan, saya akan jual,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Aliff bakal merakam single baru
di Indonesia dalam masa terdekat dan kinisibuk menjayakan sebuah program
masakan.
Sumber : rotikaya
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.