Tak Tahan Dengar Tangisan, Bapa Tvsuk Jari Dalam Kerongk0ng Bayi 6 Minggu
Bapa mangsa, Robert Burnette, tidak dapat menahan sabar mendengar
tangisan bayi itu lalu menusuk jarinya ke dalam kerongkong mangsa,
dipercayai cuba mencapai peti suara mangsa agar si kecil itu berhenti
menangis.
Penyiasat berkata, perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Megan
Hendricks, yang pada ketika kejadian itu berlaku dia hanya berdiri dan
melihat tindakan suaminya tanpa melakukan apa-apa untuk menghalang lelaki
itu. Serangan terhadap mangsa itu juga turut disaksikan oleh seorang rakan
serumah mereka, namun tidak berbuat apa-apa.
Berdasarkan rekod mahkamah, dalam kejadian di pangsapuri kediaman
pasangan berkenaan, Burnette juga turut melemparkan mangsa ke atas katil
dan mengoncang mangsa dengan ganas sebelum mengangkat mangsa dari belakang
lehernya.
Ketika disoal siasat, Hendricks memberitahu dia ternampak suaminya
mendera anaknya sebanyak tiga kali termasuk mengoncang dan menusuk jarinya
dalam kerongkong mangsa sedangkan mereka tahu akan bahayanya tindakan itu.
Malah, Hendricks mengaku telah menipu doktor perubatan bagaimana mangsa
boleh mengalami kecederaan kritikal seperti itu.
Hendricks mengakui dia tahu anak kecil itu dalam bahaya dan pernah
membawa mangsa ke rumah ibu bapa yang berada tidak jauh dari kediaman
mereka. Namun, tidak pernah mengadu tentang perkara itu apatah lagi
meminta bantuan dari ibu bapanya kerana dia tidak mahu berdepan dengan
Burnette. Hendricks sanggup tinggal bersama lelaki itu dari merisikokan
ayahnya mengambil tindakan terhadap suaminya.
Bayi lelaki yang hanya dikenali sebagai J.B, dimasukkan ke hospital
Cardinal Glennon Children's Hospital dengan beberapa kecederaan kritikal
termasuk patah tulang tangan, pendarahan dalam otak dan radang hati.
Pemeriksaan terperinci mendapati, terdapat kesan patah lama di bahagian
tulang bahu dan beberapa kesan retakan di tulang rusuk mangsa.
Penderaan terhadap mangsa dipercayai berlaku dalam tempoh 10 Oktober
hingga 7 November di kediaman mereka.
Doktor menjangkakan dengan kecederaan yang dialami, mangsa mungkin tidak
mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika sebaliknya, mungkin mangsa akan
mempunyai kecacatan fizikal dan masalah mental yang teruk.
Menurut pihak berkuasa, Burnette juga mempunyai sejarah berkelakuan
ganas. Laporan polis berkata Burnette pernah mahu membunuh adik beradiknya
sendiri beberapa tahun yang lalu. Malah Burnette pernah dimasukkan ke
institusi kesihatan mental kerana masalah amarahnya.
Kedua-dua ibu bapa telah didakwa melakukan penderaan, pengabaian dan
menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal yang sangat serius pada mangsa.
Perbicaraan terhadap Burnette dan Hendricks akan disambung semula pada 15
November ini.