“Aku Tak Nak Kahwin Dengan Orang Yang Tak Tahu Asas Matematik..”, Bakal Suami Gagal Hafal Sifir 2, Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Perkahwinan
Seorang pengantin perempuan mengambil keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya selepas pengantin lelaki gagal menghafal sifir dua.
Lapor Deccan Herald, pengantin
perempuan terdahulu berasa curiga dengan kelayakan akademik bakal suaminya itu.
Sebelum dikahwinkan, dia meminta lelaki itu membaca sifir dua untuknya.
Malangnya, pengantin lelaki gagal
berbuat demikian menyebabkan pengantin perempuan terus keluar dari majlis
tersebut dan menegaskan dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki yang tidak
memahami asas matematik.
Difahamkan, perkahwinan itu
sebenarnya telah diatur oleh keluarganya dan pengantin perempuan dikatakan
berasal dari kampung Dhawar, Daerah Mahoba.
Rakan dan keluarga cuba memujuk
wanita berkenaan untuk meneruskan majlis perkahwinan, tetapi dia tetap dengan
keputusannya tidak mahu berkahwin.
"Keluarga pengantin lelaki
telah menipu kami mengenai taraf akademiknya. Dia mungkin tak pernah bersekolah
pun, keluarga mereka sudah menipu kami. Tetapi kakak saya berani mengangkat
kaki dari majlis itu tanpa mempedulikan kata-kata orang lain," kata
sepupunya.
Insiden itu tidak dilaporkan
kepada polis kerana kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan untuk
mengembalikan barang kemas dan hantaran perkahwinan.
Sumber: Deccan Herald
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.