[Video] "Dia Bukan Hamil Tapi Kena Kanser Testis..", Lucinta Luna Claim Dirinya Hamil Anak Orang Puteh, Doktor Dedah Dia Sebenarnya Alami Kanser Testis
Belum genap seminggu mengumumkan dirinya dihamilkan oleh teman lelaki 'orang puteh', Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan gelak ketawa netizen dengan video terbarunya di Instagram.
Lucinta Luna yang pernah
dipenjarakan kerana kesalahan berkaitan dadah, dalam video terbaru menunjukkan
dia mengalami kesakitan luar biasa di perut sehingga terpaksa dibawa ke kereta
menggunakan kerusi roda. Juga dilihat beberapa rakannya dan seorang pegawai
keselamatan menyorong kerusi rodanya. Lucinta berkali-kali menjerit kesakitan.
"Sakit! Sakit! Sakit"
jeritnya.
Kesakitannya itu membuatkan dia
tidak mampu untuk berjalan sendiri dan dua rakannya terpaksa bertungkus lumus
mengangkatnya masuk ke dalam kereta.
Lucinta mendakwa, perutnya terasa
sakit dan mengalami kekejangan kerana kontraksi. Malah dia terasa sesak nafas
dan perutnya bergerak-gerak kerana ditendang oleh bayi yang dikandungnya.
"Aduh sakit perutku
kontraksi gini. Sakit kramm.. kramm.. sesak nafas, gerak gerak ditendang
perutku ini. Kehamilanku ini benar-benar memerlukan perjuangan," tulisnya
pada kapsyen video yang dipercayai hanya sekadar content.
Awal Mei lalu, Lucinta mendakwa
dirinya hamil. Pada awalnya dia mengalami muntah-muntah (bila muntah, terus
keluar suara jantan) sebelum menjalani ujian kehamilan menggunakan pregnancy
test kit. Sebaik saja keluar dari tandas, test kit tersebut menunjukkan dua
garisan yang menandakan penggunanya positif (hamil). Keputusan test kit itu
membuatkan beberapa rakannya kebingungan seketika.
Sejak dari itu, Lucinta mula
minum susu khas untuk ibu mengandung dan dikongsikan di Instagramnya. Turut
dikongsikan, Lucinta memaklumkan kepada teman lelakinya bahawa dirinya hamil.
Ramai netizen yang tertanya-tanya
bagaimana Lucinta boleh hamil sedangkan dia lelaki. Tampil menjawab persoalan
itu, Doktor Arifandi Sanjaya, berkata test kit positif sememang biasa dialami
oleh lelaki yang menggunakannya kerana ada hormon Beta-HCG.
"Sebenarnya jika test kit
positif, itu ada kaitan dengan peningkatan hormon Beta-HCG di mana hormon
tersebut boleh terbentuk oleh lelaki atas beberapa penyakit tertentu.Antaranya
adalah kanser testis.
"Jadi buat golongan lelaki
yang mencuba pregnancy test kit dan keputusannya menunjukkan tanda positif,
berhati-hatilah," katanya.
Sumber: IG Lucinta Luna, Tik Tok
Dr Arifand
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.