"Banyak Sangat Roadblok, Kami Guna Rakit Balik Kampung..", Nak Mengelak Roadblock Punya Pasal, Penduduk Pakat Naik Rakit Untuk Balik Raya
Gara-gara wabak pandemik COVID-19
yang masih lagi aktif melanda hampir serata dunia, banyak aktiviti serta
pergerakan merentas ke luar negeri menjadi terbatas. Bersempena Hari Raya
Aidilfitri yang bakal menjelma berbaki seminggu lagi, pastinya ramai bersedih
khususnya bagi umat Islam.
Di Indonesia, sekatan jalan raya
di sempadan-sempadan kawasan serta wilayah turut diadakan bagi mengekang
penularan wabak berkenaan daripada berterusan. Akan tetapi, tiada siapa dapat
menghalang penduduk di Jawa Barat ini untuk pulang ke kampung lebih awal bagi
menyambut Hari Raya sehingga mereka nekad menggunakan laluan alternatif.
Menerusi portal Suara Jabar,
ramai sekali penduduk yang menaiki motosikal bertindak menggunakan servis rakit
di beberapa batang sungai untuk merentas wilayah. Tak cukup dengan itu,
penggunaan perahu juga menjadi pilihan berbanding perlu melalui jambatan
Mangati di mana lokasi roadblock akan dibuat.
Walau bagaimanapun, Ketua Desa
Sidaharja iaitu Maman Suparman menegaskan laluan-laluan sungai itu sebenarnya
sudah lama digunakan oleh penduduk kerana lebih cepat sampai. Tetapi, jumlah
mereka dilihat meningkat sejak sekatan jalan raya dilakukan kebelakangan ini.
Sumber: Portal Jabar News
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.