Risau muka sebenar terdedah, wanita ini sanggup makeup tebal walaupun terlantar sakit di hospital
Make up merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan kebanyakan
wanita. Ada yang berasa kekurangan apabila tidak memakai make up kerana
merasakan hanya make up yang dapat menutup kekurangan di wajah
mereka.
Baru-baru ini gambar seorang wanita di Vietnam viral di Facebook kerana
kesanggupan dirinya memakai make up walaupun sedang sakit dan terlantar di
hospital.
Dia langsung tidak kelihatan seperti pesakit yang sedang sakit dengan
make upnya yang tebal, malah memakai anting-anting dan kukunya
dicat.
Wanita itu memaklumkan, teman lelakinya sebelum itu ada menghubunginya
dan mahu datang melawat. Maka dengan tubuh yang sakit, dia berusaha
memakai make up.
"Teman lelaki nak datang melawat saya," katanya.
Namun bagi netizen, tindakan wanita itu agak berlebihan dan berpendapat
dia sepatutnya banyakan berehat dari memakai make up untuk kelihatan
sempurna. Tidak kurang juga yang memuji usahanya.
Sumber: Sosok, Bastille Post