'Nasib baik aku periksa dulu'
Cobra atau ular tedung adalah ular berbisa dan boleh menyerang mangsanya
sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini seorang lelaki dari Bangkok, Thailand berkongsi gambar
penemuan yang tidak dijangka iaitu reptilia tersebut muncul di dalam
tandasnya.
Difahamkan, Adisak Thanomsil sebelum itu pergi ke tandas berhampiran
garaj kediamannya dan terkejut apabila mendapati ada seekor ular tedung
bersembunyi di dalam mangkuk tandas.
Berdasarkan gambar, Adisak cuba menangkap ular tersebut dan
mengeluarkannya dari mangkuk tandas. Namun ular itu melawan ketika cuba
ditarik keluar.
Netizen juga gerun melihat gambar tersebut dan mula terbayang-bayang
sekiranya insiden itu berlaku di kediaman mereka sendiri
Ramai yang tag nama ahli keluarga dan rakan masing-masing sebagai
peringatan untuk memeriksa mangkuk tandas sebelum
menggunakannya.
Sumber: Adisak Thanomsil, World of Buzz